PROJECT CEO: Pensucian

PENSUCIAN

_

Step paling utama yang paling banyak dilupakan oleh ramai orang bila nak kecapi kejayaan dan kebahagian. Tanpa step ini semua hasil akan kotor berkeladak, itupun kalau diizinkan ada hasil. Selalunya tidak nampak langsung hasil walaupun dah usaha sehabis boleh. Ramai kan dah usaha macam-macam tapi tak jadi kn? Baca ni..

_

Kita nak buat air sirap tapi cawan minum milo semalam tak basuh, jadi tak air sirap tu? Tak jadi lah, kalau jadipun air sirap tu buruk jadinya. Begitu juga kita nak rezeki, pernah tak kita basuh balang rezeki kita dengan bersedekah berzakat? Tanya diri, now faham kenapa rezeki yang “cantik” tak masuk-masuk. Kita nak orang sekeliling kita baik dengan kita, adakah kita dah basuh hati kita untuk maafkan orang? Adakah kita dah redha setiap apa berlaku pada diri kita. Kalau belum, sebab itulah kita dikelilingi orang yang tidak baik. Proses basuhan ini adalah paling utama dalam menentukan kejayaan seseorang.

_

Dalam Islam nak kaya, bayar zakat dan sedekah (cuci) bukan invest sana sini dulu. Dalam Islam nak kaya, jaga hubungan dengan ibu, suami, keluarga dan guru-guru dulu (cuci), bukan networking dekat luar sana sini dulu. Dalam Islam semuanya bermula dengan pensucian, kemudian datangnya doa dan hajat apa yang kita mahukan, dan Allah akan gerakkan diri kita untuk lakukan tindakan mengapai impian kita. Kejayaan yang sempurna tidak akan hadir selagi tidak lakukan proses “cuci” ini. Ini saya gelar “The Act of Surrender” adalah the ultimate tips untuk jadi kaya dan berjaya.

_

Tiada ilmu atau buku yang benar di luar sana selagi tidak bersandarkan agama Islam. Bacalah buku matsaleh mana pun, pasti ada silap. Nak berjaya bukan working hard or smart, tapi “surrender” start 1st 🧡.

#projectceo #infinity7 #thepowerofloa #theactofsurrender

You may also like...

Popular Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

project ceo