Janji Tinggal Janji

Pagi tadi saya berbual dengan Abg A yang bekerja dalam bidang sales & marketing selama lebih kurang 10 tahun. Sepanjang tempoh beliau bekerja, rekod pencapaian tertinggi adalah RM1.4 juta sales dalam masa sebulan.

Saya tanyakan berapa komisen yang company bagi… dan jawab beliau dgn perlahan…….. “pada mulanya boss janji nak bagi kereta import berharga RM150K dan some cash, tapi setelah projek bernilai jutaan ringgit tu abg bawak masuk, abg hanya dapat RM25K. Itu dah 6 kali ganda lebih rendah daripada nilai yg dijanjikan pada abg !”

Saya tanya lagi…….
“Jadi…abg tak buat apa2 ke untuk tuntut hak abg?”

“Ada, tapi tuntutan tak diendahkan dan boss janjikan dengan token of appreciation yang lain untuk projek yang seterusnya….bukan sekali abg kena trick macam ni. Alih-alih abg pun give up dan memang demotivated nak teruskan keje kat situ…🥴 Dan sejak itu jugaklah abg nekad nak hentikan penindasan orang lain pada abg. Abg call nak jumpa Elle nak mintak tunjuk jalan keluar.”

Itu cerita kecewa Abg A.

Saya percaya ramai lagi kat luar sana yang pernah mengalami situasi yang sama ataupun lebih teruk lagi. Sampai bila kita nak biarkan orang terus memperdayakan kita dengan janji-janji manis ? Bila kita diperlukan kita ditatang bagai minyak yang penuh dan bila tak diperlukan lagi kita dilayan bagai habis madu sepah dibuang ? Huhu.

Come on guys, own your life ! Letakkan nilai diri kita ditempat paling tinggi. Ikut contoh Abg A…

Elle An Nur

Count My Blessing

You may also like...

Popular Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *