Aku dan kamu….

Tiada istilah terlambat untuk bermula

Peluang datang berulang ulang

Umpama keretapi laju

Sesaat pun tidak akan menunggumu

Apa lagi yang kau tunggu ?

Takut lagi ? Risau lagi ? Mengapa ?

Oh tidak mengapalah…

Aku mahu kerja senang, tak perlu banyak fikir

Aku mahu kerja berjam2

Aku mahu kerja mengkayakan orang lain

Poketku kempis tidak mengapa

Simpananku tiada pun aku tetap bangga

Gaji sama bertahun2 pun aku masih setia

Kenapa ? Ahhh…ini saja yang ku tahu

Aku malu nanti apa orang kata

Aku byk fikirkan tentang cakap2 mereka

Diriku dan keluargaku ?

Ahhh mereka dah biasa…ini sahaja yang ada….

Mengapa beri limitasi pada kemampuan diri ?

Mengapa telinga asyik dgr ckp2 itu ini ?

Mengapa memendam segala impian dan mimpi ?

Mengapa tidak buat sesuatu ?

Sampai bila ?

Angan2 dan segala keinginan2 kita itu bisa jadi nyata

Jika tidak mana mungkin ada yang sudah menempa jaya

Kita dijadikan istimewa

Kita berhak bahagia

Kita berhak hidup selesa, punya nikmat dunia yang pasti ada sahamnya juga untuk ke syurga

Tidak kira apa cara, bagaimana, di mana mula

Yang dinamakan HENDAK itu tetap kau HENDAK

Jadi buatlah sesuatu, sebelum waktu berlalu

Satu keputusan, satu tindakan

Tanpa usaha tiada kejayaan

Istiqomahlah kita kan bertuhan

DIA ada dan lebih dekat dari urat nadi

Dari hati kecil,

Elle An Nur

Kuala Lumpur Nov 11, 2018

#projectceo

#infiniti7

#lifechanging

You may also like...

Popular Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

project ceo